-->
"dia" JiWa RaGaKu....

widget

Khamis, 14 Jun 2012

Say to STOP LYNAS~~




dasar kerajaan...
anda pasti tahu @ tidak tahu menahu pasal LYNAS di negara kite sendiri..
tadi aku jalan2 kat satu facebook niim..nme pon entah lupe...tapi korang boleh search sendiri..
tak salah kite menerokai bnde betol kan..
jadi skunk..aku nak share serba sedikit ABOUT OUR LYNAS SDN. BHD.

menurut kajian semasa..lynas amat merbahaya..terutamanya area kuantan sbb kilang tu sangat hampir ngan kuantan..walhal aku sendiri menginap di tengganu..
mgkin aku juga akan jadi mangsa if *******..waAllahua'lam...
semua kejadian bukan ketentuan kite..
jadi same2 berdoa agar perkara ini tak kan berlaku atas kite sume..

ABOUT LYNAS..boleyh rujuk bawah nim..._>
Apa itu LYNAS?

APA BAHAYA NYA LYNAS KEPADA RAKYAT MALAYSIA?

Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.

Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.

Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya.

Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?

Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.

Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.

Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.

Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):

Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.

Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.

Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.

Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:

Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.

Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia.

Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an.

Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.

Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

waallahua'lam..semoga kerajaan mnghentikan perkara yg boleh menyebabkan bencana..:)



jom same2 kempen...stop to LYNAS..~~~
Posted by buDak kEcIk kEcEk gAnu at 11:46 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

honeY beEs...

i love islam

jam

cit cat bersama sue

like ku disini~~

Followers

About Me

Foto saya
buDak kEcIk kEcEk gAnu
assalamualaikum... 1st of all... thanks if u are one of my follower... thanks sbb sudi bace n tgok2 an my beloved bloggiest.. so far, saya bukan bloggiest terhebat.but just for anything to share..pape komen boleh dtggalkan via FB or twitter or other pages yg owner by sy sndiri...~~ cita2----> nak menjadi seorang yg disanjungi ramai..~ semoga ap yg saya kongsi ni dapat bg saya input tuk saya sndiri dan kamu2..islam e2 SYUMUL~~ btw saya tak seperfect manusia... sy juga ade kelemahan tersendiri..jadi tak perlu describe pe kelebihan n kelemahan sy..seadanya sy bersyukur~~
Lihat profil lengkap saya

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  Februari (1)
  • ►  2013 (9)
    • ►  Disember (1)
    • ►  September (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ▼  2012 (55)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Julai (2)
    • ▼  Jun (7)
      • Ku Sujud Pada Mu~~
      • sOlAt bUkan seTakaT tiAng aGamA malah kiLanG sEgAl...
      • aku bukan perempuan itu~~
      • insan kerdil disisi Allah~~
      • To mY belOveD fAther~~
      • Say to STOP LYNAS~~
      • aku menasihati kamoo SAHABAT~~
    • ►  Mei (12)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (9)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2011 (34)
    • ►  Disember (23)
    • ►  November (8)
    • ►  Oktober (3)

Feedjit

ceritamelayu.net

my little one FAMIiLy~~

my little one FAMIiLy~~

beloved family~~~

beloved family~~~

BABIES

BABIES

my CUTIES sister~~

my CUTIES sister~~

IrfAn ,,,<3

mY cuTies bAbY...<3

heartbeat

aku DETECT kamoo~~~

song

link pelangi

follow

 Online Users



arrow

Elmo Sesame Street

assalmualaikum

link pelangi