Ya Allah..
Ampunilah dosa2 yang telah aku lakukan..
Limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada batas..
Berikanlah aku kekuatan mental..
kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan..
pelharalah lidahku dari kata2 nista...
kuatkanlah semangatku menempuh segala perintahmu Mu..
Berikanlah aku sifat kasih sesama insan..
Ya Allah..
sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arasy..
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya...
sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian Mu..
kurniakanlahaku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya..
sekiranya suamiku ini adalah bidadara untuk ku di Syurga Mu..
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawadhu' akan segala perintahnya..
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu,,
peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya..
sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu..
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala sikap dan keinginannya..
tetapi..
Ya Allah..
sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang..
kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk mengharungi segala kehendakMu..
sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk membetulkan keadaannya..
sekiranya suamiku mencintai kesesatan..
bimbinglah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..
Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku..
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku..
sekiranya aku salah membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau Redhai...
sekiranya aku lalai dalam tanggungjawab sebagai isteri..
kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu..
sekiranya aku Ingkar dan durhaka..
berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu..
Ya Allah..
sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk dari Mu..
aku buta tanpa bimbinganMu.
aku cacat tanpa hidayahMu..
aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah..
kuatkanlah hati da semangatku..
tabahkan aku menghadapi segala cubaaan Mu..
jadikanlah aku isteri yang disenangi suami..
bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu..
bimbinglah aku menjadi isteri Solehah Hanya Pada Mu...
Ya Allah..
ku mohon segala harapan..
kerana aku pasrah dengan kehendakMu..
kerana aku sedar hinanya aku..
kerana aku insan lemah yang kerap keliru..
kerana aku lena dengan keindahan dunia Mu..
kerana aku kurang kesabaran ku dalam taat kepada Mu..
kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
isteri yang dikasihi..
isteri yang solehah.
isteri yang sentiasa dihati suami..
Amin ,YA RABBA"ALAMIN
3 ulasan:
da nikoh ke??
xjmput pon.....:-(
bukan tak jemput..tapi tak kawen ag la..huhuhu...=)untuk bakal suami..
huhuhuhhu......yela sue....nikoh jgn lupe wan k....
Catat Ulasan