-->
"dia" JiWa RaGaKu....

widget

Ahad, 27 Mei 2012

ROSAK di bawah penguasaan sape???



penguasaan sape yg merosakkan anak2 muda kite sekrang??
tadi aku ade terbace sbuah artikel mengenai konsert ape entah..
even aku tak berape nk tahu sal konsert kat KL..
tapi aku ade trdengar yg ceramah USTAZ AZHAR di PUTRAJAYA dibatalkan ..
SUBHANAALLAH..
disebabkan ape??
refer pade page---> A.B.U | Asalkan Bukan Umno / Anything But Umno

Penganjur orang Islam, penonton pun orang Islam..ish3...rosak anak muda bawah penguasaan 

Umno/BN...yang sadisnya, pentaksub Najib begitu teruja, malah kata mereka, konsert (maksiat) ada, ceramah 

agama pun ada, pilih lah...ini kan 1 Malaysia.....korang fikir lah sendiri..sedih2...

* Ada hikmahnya kenapa Ustaz Azhar Idrus ( Original ) dibatalkan ceramah perdananya di Putrajaya

 semalam..



renung2kanlah...almaklumlah mengundi dah nak dekat....jadi hak korang nk pilih pemimpim..

undi itu wajib!! pilih la pemimpin yg anda rase layak untuk menjaga negara kite..bukn tuk merosakkan 

anak2 muda...!
Posted by buDak kEcIk kEcEk gAnu at 6:11 PTG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Rabu, 23 Mei 2012

dont judge book by its cover...



ye sememang nya asalku bukan la seorang yg baik apetah lagi "ALIM"
aku hanya manusia biasa yg sering berhadapan dengan masalah..
tapi aku cube untuk membaiki kelemahan aku..
aku cube sedaya upaya menjaga perasaan orang even tak pernah dihargai..
dan setiap ape yg aku usaha itu nescaya Allah itu Maha Melihat...
aku tak mngharapkan balasan...
tapi...

masihkah ade yg menganggap seseorang itu jahat walaupon sudah bertaubat dan menyesal ats kesalahan yg  pernah dibuat dulu...
Ya Allah..
ya..
Yang Maha Pengampun..aku pernah terbace ade sahabat kite ..
bukan aku nk mengate atau nk memaki dia apatah lagi membenci dia...
cume ape yg diperkata nya melibat "personality seseorang"..
"org yg xcntik
akn brganti pasangan
sbb
die rase die lawa... "
cantik statement ni tapi mane awak dapat hah??
sume manusia akan mempunyai masalah nye tersendiri..
tapi awak adelah org yg menganggap sorang tu tanpa mengenal @ mengetahui masalah sebenar diaorang..

tak salah statement tu yg masalahnya awk mention kan sape budak tu..
Allah menjadikan manusia cukup sempurna...
pasangan???
tu hak milik masiing2..
yg ditentukannya adalah Allah..
jadi dont judge book by its cover..
sume orang cantik2..n tak de sape dalam dunia ni diciptakan xsempurna..
jangan la engkau menganggap seseorang e2 dari luaran atau dr mulut orang lain..
sebaiknya buat tak tahu je..
ta yah cari dose banyak2..

buat haluan sendiri..ok..
oral practices is proccessing..
SALAM..~~~
Posted by buDak kEcIk kEcEk gAnu at 12:25 PG 4 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Ahad, 20 Mei 2012

kenape??


hidop...saling  MEMERLUKAN..
umpama MAKANAN..
memerlukan nya untuk kite meneruskan kehidupan..
tapi pernah kite terfikir rakyat PALESTIN..
ye,,saya ade terbace link ..
MOGOK lapar...
link itu di "share" secara meluas..
yang menggalakkan semua umat islam menukar profile picture di laman sosial..
tak kire la PESBUK, TAGGED, FRIENDSTER, MYSPACE, TWITTER or etc...

contonya...


walaupon hanye sekadar sokongan..
tapi sekurang2 nya kite memahami keadaan rakyat mereka..
dah takde jalan lain lagi tuk mereka bebas dr kekejaman ****
kite hanya membantu dengan DOA...
sokongan!!

Diceritakan seekor burung kecil mengisi air dalam paruhnya lalu terbang menyiram ke atas api yang membakar. Berulang-alik.

“Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang-alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.”

Lalu dijawab burung kecil,


“Memang tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah, kerana Dia akan menyoalku nanti, apakah yang sudah aku lakukan untuk agama-Nya, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Ini semua adalah kempen dengan hanya menukar profile pictures untuk menyokong kepada mogok lapar sedang dijalankan oleh banduan/tahanan  di Israeluntuk menuntut:

1. Diberi akses kepada peguam- kerana ada yang ditahan tanpa dakwaan
2. Diberikan hak untuk dilawati.
3. Hak berpendidikan.

Ada antaranya mereka telah mogok lapar dari bulan  17 April.  Seramai 2000 tahanan terlibat dalam mogok lapar dan paling lama adalah Bilal Thabib dan Halaleh  yang telah mogok lapar selama 76 hari. SubahanAllah.


Alhamdullilah,dengan sokongan semua dan tekanan yang diberikan oleh Masyarakat Antarabangsa, Israel telah bersetuju dengan tuntutan mereka.Baca lagi sini
Posted by buDak kEcIk kEcEk gAnu at 5:45 PG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Khamis, 17 Mei 2012

sebuah Doa ku titipkan PadaNya...






Ya Allah..
Ampunilah dosa2 yang telah aku lakukan..
Limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada batas..
Berikanlah aku kekuatan mental..
kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan..
pelharalah lidahku dari kata2 nista...
kuatkanlah semangatku menempuh segala perintahmu Mu..
Berikanlah aku sifat kasih sesama insan..
Ya Allah..
sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arasy..
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya...
sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian Mu..
kurniakanlahaku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya..
sekiranya suamiku ini adalah bidadara untuk ku di Syurga Mu..
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawadhu' akan segala perintahnya..
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu,,
peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya..
sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu..
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala sikap dan keinginannya..
tetapi..
Ya Allah..
sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang..
kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk mengharungi segala kehendakMu..
sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk membetulkan keadaannya..
sekiranya suamiku mencintai kesesatan..
bimbinglah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..
Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku..
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku..
sekiranya aku salah membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau Redhai...
sekiranya aku lalai dalam tanggungjawab sebagai isteri..
kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu..
sekiranya aku Ingkar dan durhaka..
berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu..
Ya Allah..
sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk dari Mu..
aku buta tanpa bimbinganMu.
aku cacat tanpa hidayahMu..
aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah..
kuatkanlah hati da semangatku..
tabahkan aku menghadapi segala cubaaan Mu..
jadikanlah aku isteri yang disenangi suami..
bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu..
bimbinglah aku menjadi isteri Solehah Hanya Pada Mu...
Ya Allah..
ku mohon segala harapan..
kerana aku pasrah dengan kehendakMu..
kerana aku sedar hinanya aku..
kerana aku insan lemah yang kerap keliru..
kerana aku lena dengan keindahan dunia Mu..
kerana aku kurang kesabaran ku dalam taat kepada Mu..
kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
isteri yang dikasihi..
isteri yang solehah.
isteri yang sentiasa dihati suami..
Amin ,YA RABBA"ALAMIN
      



















Posted by buDak kEcIk kEcEk gAnu at 5:23 PTG 3 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Khamis, 10 Mei 2012

SAYA TAK COUPLE..TAPI SAYA BERCINTA~~OK??





alhamdulillah..
boleh lagi kite berjumpa at my new updating..:)
kali ni  saya ade terbace artikal tentang istilah couple dan cinta...
pernah kite fikir couple itu cinta atau cinta itu couple..??

hari ni saya akan berkongsi sedikit sebanyak yang saya tahu daripda istilah tersebut..
dan apa yg tersirat atau tersurat disebaliknya..

sebelom tu saya tidaklah mengatkan ianya betol atau tidak..
sbb saya pon bukan lah manusia yg tak pernah membuat silap..
dan sesungguhnya setiap manusia itu tiada kesempurnaan sepenuhnya..
yg hanya kite mampu bersyukur diatas kurniaanNYa..




Saya nampak couple tu jauh letaknya di barat, dan cinta tu letaknya jauh di bahagian timur. Dua benda yang berlainan. Cinta boleh dijalankan tanpa couple. Couple pun, kalau orang nak, boleh jalan tanpa cinta**

Apa itu cinta
Saya tak ambil definisi cinta ini dari kamus dewan bahasa atau mana-mana sumber. Saya bina definisi cinta saya sendiri, dari kefahaman dan padangaan yang saya perhatikan selama ini.                Definisi cinta saya mudah. Apa itu cinta? Cinta adalah apabila kita hendak masuk syurga bersama-sama dengan orang yang kita kata pada dia – Saya cintakan awak. Benda ni boleh apply dengan semua jenis orang. Kekasih kah, isteri kah, anak-anak kah, ibu-bapa kah, adik-beradik kah, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, dan sebagainya.  Semua la pendek kata.
                Jadi, kalau kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan ke syurga Allah SWT, itu tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata  - saya cintakan awak.
                Cinta, terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih. Jadi saya tidak nampak seseorang yang melempar seseorang yang lain ke dalam api, atau bawa orang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu, adalah seorang Pencinta, seorang Penyayang atau seorag Pengasih.
                Jadi, kalau couple itu dilarang oleh Allah SWT, zina hati itu dilarang oleh Allah SWT, dan kosnya adalah kemurkaan Allah SWT, boleh mengheret ke neraka Allah SWT, apakah si pengajak kepada perlakuan itu, atau si pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan cinta mencintai?
                Lempar ke dalam api dikatakan sayang? Ah... kalau anda berpendapat demikian, tak mengapalah.
Yang saya kata bercinta sebelum kahwin
Cinta itu perasaan. Kita sebenarnya tidak tahu bagaimana cinta itu boleh muncul. Lain orang lain cara kemunculannya. Ada yang terjumpa sekali dah ‘tercinta’. Ada yang sebab kerja sama-sama, ‘tercinta’. Ada yang sebab dengar dari kawan-kawan si fulan/si fulanah itu baik, maka ‘jatuh cinta’ dan sebagainya.
                Pendek kata, jatuh cinta ini bukan boleh kawal. Jadi, macam mana kita boleh letakkan hukum haram kepada sesuatu yang bersifat ‘auto’? Atau bahasanya yang sebenar adalah ‘fitrah’.
                Islam haramkan seks kah? Tidak. Sebab? Sebab seks adalah fitrah.
                Islam haramkan kita makan dan minumkah? Tidak. Sebab? Sebab makan minum adalah fitrah.
                Tetapi apa yang Islam buat? Yang Islam buat adalah Islam lorongkan semua benda itu. Seks adalah dengan perkahwinan. Makan minum adalah makan minum yang halal.
                Cinta? Saya tidak pernah dengar lagi dalam nas Al-Quran atau Hadith sohih yang menyatakan perasaan cinta itu perlu ada hanya sebelum kahwin. Kalau ada, sila tunjuk pada saya. Saya mahu belajar.
                Maka apa yang saya maksudkan dengan ‘bercinta sebelum kahwin’ adalah, usaha-usaha kita untuk berkahwin dengan seseorang itu, itu adalah namanya ‘cinta sebelum kahwin’. Saya bukan kata email, sms, call, dating, couple, itu adalah ‘bercinta sebelum kahwin’. Tidak dan tidak sama sekali.
                Tetapi, kita kembali kepada definisi cinta yang saya nyatakan.
                Hendak masuk syurga bersamanya.
                Maka, bercinta sebelum berkahwin dengannya adalah dengan kita mempertingkatkan diri sebelum menerjah ke alam perkahwinan. Itu bercintalah.
                Apakah dengan itu ‘haram berhubung langsung’?
                Tidak. Bila sudah bertunang, sudah mendapat pengiktirafan ibu bapa, maka berhubunglah dengan sepatutnya. Ta’aruf. Ziarah. Bincang fasal perkahwinan. Merancang. Dan sebagainya. Dan semestinya semua itu, perlu kepada pemerhatian keluarga atau penjaga. Sebab itu, digalakkan waktu pertunangan itu pendek-pendek sahaja, agar tidak berpanjangan pula perkara-perkara yang diberikan kelonggaran ini, dan tidak terlalu teruji pula perhubungan tersebut. ^^
                Untuk saya, itulah namanya ‘bercinta sebelum berkahwin’.
                Siapa kata tiada? ^^


Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.
“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”

    Pernah dengar ayat macam ini?
                Ini saya namakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.
                Kenapa saya namakan tawakkal buta? Sebab saya tahu Allah pun tak ajar demikian rupa. ^^
               Kalau suka, patutnya bagitahulah(semestinya dengan persediaan. Bukan main bagitahu sahaja. Tengoklah diri tu juga. Kalau main bagitahu sahaja, itu dah masuk dalam bab Cinta Buta). Kemudian, siapa la pandai-pandai ajar kalau bagitahu nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ni?
                Baiklah. Saya bagi contoh buka laci. Macam mana anda mahu buka laci? Anda berdoa sahaja, atau anda usaha buka laci sambil tawakkal bahawa Allahlah yang bantu anda buka laci itu?
                Satu lagi. Exam. Macam mana kita mahu cemerlang dalam exam? Berdoa sahaja, luahkan pada Allah bahawa kita tak pandai sahaja, atau kita kena belajar sungguh-sungguh, dan masa exam kena gerakkan otak dan pen untuk jawab exam? Mana satu?
                USAHA.

                Usaha kena ada. Itu sunnatullah. Maka bagaimana di dalam CINTA kita boleh kata:
                “Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”??????
                Kalau macam itu, saya pun boleh kata, janganlah study. Doa sahaja pada Allah. Allah Maha Tahu Kita Cemerlang Atau Tidak. Bagaimana? Suka?
                Jadi janganlah ambil Mazhab Tawakkal Buta ini. Baik dalam exam, mahupun dalam BERCINTA.
                Kalau suka, bincanglah dengan ibu bapa. Cakap kat ibu bapa, saya suka si fulan, saya suka si fulanah. Preparekanlah diri. Buatlah background check. Kemudian muhasabah kembali ibadah. Kemudian kalau berkeyakinan, sila masuk melamar. Merisik. Dan sebagainya.
                At least kita pun tahu kalau dia tak suka kita, tak berkenan dengan kita. Boleh cari yang lain.
                Kalau pendam sahaja buat apa?
                Silap hari bulan dia suka kat kita, sebab main pendam, terlepas.
                Silap hari bulan dia tak suka kat kita, sebab main pendam, tup-tup dah lama sangat pendam perasaan, syok sangat-sangat, sekali kena tolak. Kecewa. Bertahun dah bazirkan hidup suka dia.
                Sebab itu, usaha itu kena ada. Langkah itu perlu diambil.
                Tawakkal Buta?
                Jangan sekali.

Penutup: Terang lagi bersuluh, couple dengan cinta tak sama
Saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan couple.
        Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.
                Cinta sebelum kahwin ada.
                Dan.... Siapa kata couple=cinta?
                Boleh tukar definisi tu semula. ^^








Posted by buDak kEcIk kEcEk gAnu at 11:54 PTG 2 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Rabu, 9 Mei 2012

cinta halalku dan istikharahku~~~



tazkirah ni aku petik dalm satu laman..
kebetulan skunk aku jugak dalam menjalani satu tugas yg perlu aku buat utk my future...
:)

jadi hati aku pon terbukak luas tu share tazkirah ni..
utk santapan pagi yg indah ni...




Rasa cinta pasti ada,
 Pada makhluk yang bernyawa 
Sejak lama sampai kini, 
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya, 
Sampai datang akhir masa.
Perasaan insan sama, Ingin mencinta dan dicintaBukan ciptaan manusia, 
Tapi takdir yang kuasaJanganlah engkau mungkiri, Segala yang Tuhan beri

**RENUNGKANLAH "ALBUM PELITA HIDUP III: ARTIS HIJJAZ"***

"Cinta ada kekuatan yang mampu..
mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur
mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang
mengubah setan jadi manusia, mengubah iblis jadi malaikat
mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi dermawan
mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana
mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi mahabbah

Itulah dia Cinta.."

"Sekalipun cinta telah kuuraikan, dan kujelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya, kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta, dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keledai terbaring dalam lumpur..
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.."

**DIPETIK DARI FILEM "KETIKA CINTA BERTASBIH (1)"***

Melayari kehidupan dunia bagaikan melayari ombak yg sentiasa tidak tenang, dengan tenggelam timbulnya pelbagai perasaan dan emosi. Hanya DIA yang Maha Mengetahui kehebatan dugaan ini.
Terutama apabila dikaitkan dengan perasaan dan rasa cinta fitrah yg diciptakan Allah bersama-sama penciptaan kita di dunia ini, sama ada yg bakal dialami atau sedang dialami oleh sesiapa sahaja, terutama golongan remaja.

Pelbagai ragam disaksikan oleh seluruh dunia, akibat penangan cinta yg diibaratkan api menyala-nyala, yg mana lagi disimbah, lagi marak ia menyala.  Sehubungan itu, utk memadamkannya terus pasti sesuatu yg mustahil utk dilakukan.

Namun, jika ini fitrah dariNYA, maka yg pasti DIA tidak akan menzalimi hambaNYA, dan sudah pasti tersedia satu panduan pengawalan kepada fitrah ini.

Sebagaimana diketahui, nyalaan api memang membahayakan jika dibiarkan, namun jika dikawal dan diekploitasi dgn baik, berbahaya akan bertukar menjadi bermanfaat, seperti utk dijadikan bara memanaskan badan, atau untuk dijadikan tempat memanggang.

Apakah panduan yg DIA sediakan itu? Jawapannya adalah sunnah Rasulullah SAW yg amat menggalakkan perkahwinan.  Kerana hanya kahwin dapat membendung fitrah ini, cinta yg halal disebabkan satu ikatan suci.
Dalam mencari keredaanNYA, perjalanan utk mendapatkan cinta yg halal itu perlu diambil perhatian sebenar-benarnya agar tidak terpesong dek desakan dan hasutan Iblis dan konco-konconya dalam memperindahkan maksiat kpd Al-Khaliq SWT.

Oleh itu, di sini diberikan satu garis panduan dalam mendapat keredhaannya dalam menelusuri medan pencarian cinta yg halal, dengan berpandukan Ayat 235, Surah Al-Baqarah:

وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاء أَوْ أَكْنَنتُمْ فِي أَنفُسِكُمْ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَـكِن لاَّ تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلاَّ أَن تَقُولُواْ قَوْلاً مَّعْرُوفاً وَلاَ تَعْزِمُواْ عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّىَ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ

"Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf. Dan janganlah kamu ber'azam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis 'iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun."

Walaupun ayat ini, diturunkan bagi penerangan cara melamar dan mengahwini wanita yg masih dalam iddah (dari penceraian hidup atau mati), namun caranya masih boleh dipraktikkan dalam pencarian cinta halal yg diredhaiNYA sentiasa.

Melalui rujukan Tafsir Ibn Kathir, berikut dinyatakan langkah yg perlu diambil perhatian sepanjang perjalanan mendapatkan cinta yg terbaik lagi halal, apabila seseorg lelaki berkenan kpd si dia (perempuan) sebagaimana dinyatakan dlm ayat di atas:

(1) Menyatakan perasaan melalui sindiran dgn kata2 kinayah/berlapik (tersirat) yg baik-baik


(2) Menyembunyikan perasaan di dalam hati dan hanya menyebut-nyebutnya di kalangan org lain, tidak kepadanya secara jelas.


(3) Dilarang sekeras-kerasnya membuat janji rahsia dengan melafazkan perkataan yg tidak sepatutnya secara jelas dan boleh membawa kelalaian dan kemabukan cinta, seperti melafazkan (Aku Cinta Padamu, dan Aku berjanji akan berkahwin dgn mu), tetapi memadailah sekadar kata-kata kinayah/sindiran yg baik (antara sindiran yg baik, saya tertarik/minat dgn mu!) dan yang penting disusuli dengan pengetahuan wali/keluarga.


Daripada langkah yang disebut jelas oleh Allah SWT sebagai panduan, perlu ditekankan juga, segala-galanya juga perlu disandarkan dengan pergantungan kepadaNYA iaitu dengan ISTIKHARAH. Yangg pasti, tiadalah penyesalan/kekecewaan/putus asa bagi yg meminta petunjuk keputusan dariNYA.
Dinasihatkan dalam sebuah athar :

ما خاب من استخار ولا ندم من استشار

Ertinya : Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat ( Al-Awsat, At-Tabrani, 6/365)

Dengan mengikuti cara-cara yang Nabi Muhammad SAW tunjukkan, dan dengan doa lengkap baginda ajarkan khas utk ummatnya, maka InsyaAllah di sana akan ada petunjuk terbaik.

Memadailah kita berusaha dengan strategi dan perancangan, dan selebihnya urusanNYA yg menentukan terbaik utk kita, kerana "Ada hal-hal yang harus difikirkan manusia, tetapi ada juga hal-hal yg BUKAN HAK manusia utk memikirkannya.."

Tentang jawapan atau petunjuk Istikharah, tidak menjadi kemestian melalui mimpi atau sebarang petunjuk tertentu, dan kadang-kadang/kebanyakan petunjuk mimpi bukanlah petunjuk yg paling tepat kerana kita bukanlah seseorg yg bersih hatinya, dan kemungkinan mimpi kita telah diganggu oleh Syaitan untuk memayahkan kita dengan jawapan itu.

Justeru, apa yang dianjurkan adalah istikharah diteruskan sehingga ikatan pertalian telah selesai dilaksanakan, dan jawapan sebenar kepada istikharah adalah kelancaran perhubungan kita dengan si dia, tanpa ada sebarang halangan di tengah-tengah jalan.

Berikut adalah beberapa bentuk jawapan yg bakal kita dapat hasil istikharah berterusan dan hikmahnya.

(1) Jika diberi petunjuk positif, maka Alhmdulillah.  Dan teruskan istikharah dan sentiasa bersyukur kepadaNYA.  Hikmahnya adalah TIADA RUGI..


(2) Jika negatif jawapannya, maka itu lah dia hikmah Istikharah iaitu TIDAK KECEWA.


(3) Jika lambat mendapat keputusan maka hikmah Istikharah iaitu TIDAK PUTUS ASA.
Wallahu'alam..


Kesalahan yg biasa dilakukan oleh dua pasangan dalam istikharah, di sini ditegur dan disyorkan penyelesaian seikhlasnya utk kedua-dua, sama ada lelaki atau perempuan:

(1) Sekiranya hasil istikharah menunjukkan ketidakselesaan (dan dia merasakan ini jawapan) pada hati kepada salah seorg, maka dinasihatkan memberitahu kpd pasangan dengan sebaik mungkin, dan diberhentikan..dalam masa yg sama istikharah diteruskan.



(2) Jika didapati jawapan adalah positif, maka digalakkan disegerakan perkahwinan berserta diteruskan lagi istikharah, agar tiada masalah di sepanjang pelaksanaan.

(3) Jika belum mendapat apa-apa kepastian jawapan, maka digalakkan meneruskan istikharah dengan lebih istiqamah.



Adalah menjadi kesalahan dan satu kesilapan besar apabila masing-masing membuat istikharah dan mendapat jawapan, tetapi menyatakan "Saya sudah melaksanakan istikharah, dan jawapannya tidak boleh diberitahu (dirahsiakan), cukuplah saya dan Allah sahaja yg mengetahuinya".
Kenapa kenyataan ini salah, walaupun seolah-olah jika kita perhatikan mempunyai unsur-unsur pergantungan yg tinggi kepada Allah?

Betul! pergantungan kepadaNYA begitu tinggi (hablun minallah memang hebat), tetapi ke mana pergi hablun minan nas. Tidakkah dengan jawapan "gantung tidak bertali" ini akan menyebabkan pihak yg sedang menunggu jawapan, tertunggu-tunggu.  Dan ternanti-nanti, malah menyebabkan fikiran pihak itu terganggu dalam segala urusan, hati pihak itu juga tidak akan tenang.

Alangkah baiknya, jika berterus terang.

قل الحق ولو كان مرا

(Katakanlah benar walaupun pahit), kata-kata Hikmah ini memadai utk menjawab segala-galanya, kerana dengan berterus-terang dan jujur, banyaknya kebaikan dan manfaat untuk semua.

Cukup mudah disebut, tapi agak susah dilaksanakan..BERTERUS TERANG dan JUJUR..
Seterusnya, dinasihatkan kepada yang sedang mengalami masalah ketidakstabilan emosi dalam menghadapi gelombang cinta ini.  Tiada cinta yg sebenarnya kecuali hanya selepas dihalalkan dengan ikatan pernikahan, dan untuk ke arah itu, persediaan mental dan fikizal amat penting.

Oleh itu, sebelum melayan alunan cinta, pastikan kita cukup bersedia dengan perancangan ke arah utk menghalalkan perhubungan, bukan sekadar mahu melayan mengikut tuntutan nafsu muda semata-mata.
Jika perancangan belum pernah terlintas atau perjalanan masih jauh, adalah dinasihatkan cubalah sedaya upaya mengawal arus deras cinta yg hanya bakal menghanyutkan.

Sekali kita hanyut, selamanya kita akan menyesal, kerana dibimbangi KAFFARAH (penghapusan) dosa akan diterima apabila kita berkahwin kelak.  Memang alunannya mengasyikkan sebelum kahwin, tetapi apabila setelah kahwin, alunan ini akan bertukar menjadi sumbang dan menyakitkan telinga.


Kerana percayalah, modus operandi Iblis dan konco-konconya hanyalah mencantikkan serta memperindahkan maksiat, dan menghodohkan serta memburukkan ibadah.

Akhirnya, nasihat ringkas untuk semua yg terlibat dgn hal-hal ini, mulakan dengan ISTIKHARAH pada hari ini, bukan dengan menetapkan "nama si dia" tetapi memadailah dengan menyatakan kepadaNYA "jodoh terbaik untukku"..agar hasil istikharah kita yg berterusan itu, dan jawapannya adalah sesuatu yg terbaik bakal DIA takdirkan.

Bagi mereka yg sedang dalam lamunan dan hanyut ombak, fikir-fikirkanlah utk menghalalkannya, dan jika masih belum bersedia, jangan sesekali bermain "api".

Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik dari sisiNYA, dan setiap takdirNYA itu dirangkaikan dengan keredhaannya semata-mata.

Satu analogi utk seseorg yg bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah itu..
"Untuk menjadi nakhoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersebut.  Seterusnya, nakhoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikal yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua.  Yang pasti setiap bahtera berlainan nakhoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yang bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yg telah dilengkapi sebelum ini.."


"jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit dan masih belum tetap pendirian serta keyakinan, jangan sekali mencuba utk memasuki alam perkahwinan yg menanti dgn 1001 warna kehidupan.."

Walau bagaimanapun, SABAR, TAWAKKAL & TAQWA itulah kunci segala-galanya..

اللهم إني أسألك حبك وحب من يحبك وحب ما يقرني إليك وأدخلني الجنة مع الحب

Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang yang sentiasa mencintaiMU, kecintaan apa sahaja mendekatkan diriku kepadaMU, dan masukkanlah aku ke syurga bersama-sama kecintaan itu..


waallahuaklam...~~~~~










Posted by buDak kEcIk kEcEk gAnu at 12:29 PTG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Selasa, 8 Mei 2012

tolong sampaikan ini untuk dia...~~


terasa kaku tanganku di atas keyboard ni...
bukan lame aku tidak coretkan tuliasan ku ini,
dan tak bermaksud jugak aku malas utk men"update" blog ni...
walhal,aku terkedu membaca blog satu rakan seislam aku..

sebagai peringatan bersama..saya terasa nk berkongsi dengan semua apa yang saya terbaca ni..
sebelom tu saya andaikan puisi ini utk Dia->Saya, Dia->kalian, Dia->dia..
siapakah dia????baca lah sampai akhir..:)

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia..


Posted by buDak kEcIk kEcEk gAnu at 1:38 PTG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Isnin, 7 Mei 2012

nombor satu untuk ku...credit by maher Zain...




 lagu ni kesah dia dari kecik ag..nakal..mak dia tak pernah marahkan dia...
walaupon dia buat kije giler tapi mak dia tetap syg dia..
hek3...dah..biya aku translate la lagu dia senang...
waAllahuaklam...

saya adalah seorang anak kecil yang bodoh,
perkara yg gila,sy gunakan utk buat sesuatu,
dan semua kesakitan saya letakkan pd mak,
mama,sekarang saya disini...

semua mse saya buat mak menangis,
hari2 saya cakap bohong kpd mak,
sekarang, tibe mase mak utk merasa,
semua perkara yg telah mak korbankan..

oh, kalau boleh saya undurkan mase,
kalau boleh saya tak buat silap,
saya bersumpah, saya akan.
menjadikan mak spertinya mak buatkn pd sy..

mak,sekarang sy dah membesar,
dan hari ini memulakan yg baru,
saya akan meletakkan senyuman di wajahmu setiap hari,

mak sekarang saya sudah membesar,
dan ianya tidak terlewat,
saya akan meletakkan senyuman di wajahmu setiap hari..

dan sekarang saya faham,
awak terkenal, 
setiap hari saya berhadapan dengan mase,
kerana sekarang saya mempunya anak saya sendiri..

dan walaupon sy rase ianya buruk,
saya belajar byk daripda awk,
sekarang sy cuba membuatnya,
sayangkan anak sepertimana awk lakukannya..

tidak ade satu di dunia ini yang boleh mengambil tempat anda,
oh, saya mintak maaf utk selama2nya membawa anda utk memberikan,(kerenah)
saya akan gunakannya setiap peluang saya dapat,
utk buat anda senyum,setiap mase saya dengan anda,
sekarang saya cube utk mencintai mak sepertimana mk mencintai saya,
hanya Allah tahu berapa bermaknennya awk pda saya mak....:P

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me










Posted by buDak kEcIk kEcEk gAnu at 6:51 PTG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

tangan menaip tentang JODOH~~


biler hati sudah berbicara pasal jodoh..
sape yanng tahu siapa kah jodoh kite kelak kan..
jodoh tu dah tertulis olehNya..
buat ape la kite risau kalau kite tak dapat mencari nye..
kadang2 betol org cakap jodoh kalau tak berusaha tak kan dapat..
tak semestinya..
sejauh mane korang berusaha tuk mndapatakan seseorang kalau Allah tak menulis jodoh korang dgn someone..
mknenye korang takkan dapat bersama jugak..



tak menafikan...aku juga mempunyai seseorang yg menunggu..
dan saaat nye aku berISTIKHARAH...
aku dah nak masuk 20..
jadi ni bukan masenye aku bermain dengan api...
be matured!!!

betol kate mak..aku perlu istikhrah..
aku bukan muda lagi nk bermain dengan angin yg tak pernah ade titik nokhtahnya..
so...beristikhrah la anda jika anda yakin..
anda benar2 dalam memilih pasangan.. ..:)
p/s: tkot tersalah pilih padah jadinya...


jika seseorang itu jodoh kita...dia tetap jodoh kite..jika seseorang tu bukan jodoh kite..dia tetap bukan jodoh kite...walaupun ape pun yg kite lakukan,tiada guna memakse diri mempertahankan.
dengan menyerah kpd ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan2 yg tidak pernah kita fikirkan..
eloklah sebelom mnerima seseorang e2 kite beristikharah...agar 
kite tidak memberi harapan atau melakukan dose yg tak pernah terleps dr khidupan sbg 
seorang mnusia.<---pesanan penaja..hek3

mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa.. Frasa "putus asa" sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang muslim.. kite tak bleh berputus ase  dalam mgharapkan rahmat Allah...

perbanyakkan doa utk kebaikkan..sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yg betul.. ada sesetengah org yg ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mngumpat, memfitnah dan memburukkan org lain...

sebaliknya , sekiranya mereka berhenti seketika utk berdoa dn muhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. salah satu drpdnya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman..
INSYAALLAH...:P




Posted by buDak kEcIk kEcEk gAnu at 6:11 PTG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Ahad, 6 Mei 2012

you are not only 1~~~






perkataan I LOVE U senang kan nak ucap..
pda sape2 je korang nak..tapi korang tahu ke ape maksudnya???
aku cinta padamu....sape???mak ??ayah???pokwe??mokwe???kawan??adik2???

sesungguhnya aku Dia CINTA pertama ku....
yessss...Allah is no 1.... exactly i have hit the nail on the head....:)
cewwahhh....macam MAHER ZAIN cakap kan..
NUMBER ONE FOR ME???korang tahu kan what he's mean???

sesungguhnya Dia yg mnciptakan kamoo...Dia yg memberikan kamooo hdp shingga skunk...
so..bersyukurlah..*alhamdulillah*

hidop perlu ke dikonkong???
ye,,aku pernah kapel...dan pernah putus cinta...
tahu sbb ape?? sbb manusia suke melakukan kesilapan berulang....
betol kan???sering melakukan perkaran yg same tanpe memikirkan ape yg akan berlaku..
tak pernah amik iktibar dan pengajaran....
pantas la aku bekali2 putus sbb terlalu ikotkan pasaannn...pasaaan dendam yg tak sepatutnya ade...
dendam itu NAJIS SYAITAN ni Rajim....
silap aku mencintai lelaki....yg pernah mninggalkan aku...
silap aku terlalu mncintai dia....

aku sepatutnya belajar dari kesilapan...
aku sepatutnya belajar tidak terlalu memberi..
aku sepatutnya belajar tidak terlalu mnerima..
aku sepatutnya belajar tidak terlalu mempercayai,...

dan kini....
aku terus belajar...
aku belajar terima kekurangannya...
aku belajar terima dia seadanya...
aku belajar memahami dirinya...
aku belajar utk setia padanya...

tapi....
satu perkara yg aku harus belajar...
wajib aku mempercayainya...
"jodoh itu Rahsia ALLAH"




lalu aku mengingati diri dan si dia...bahwa....
"jika Allah tidak mnulis jodoh sy dengan awak,buat la mcm mane pon jodoh awk bukan dengan sy...~~
 jadi igt la..sy berpesan....
jangan terlalu mengongkong sy..bawak sy kesitu sini sbb sy xde ikatan ape2 dengan awak..
bakal suami yg solehah adalah dia yang selalu menasihat sy drpd melakukan dose..bukan mggalakkan dose..
macam ustaz Azhar cakap <---- (klik lau tak kenal)..wajib seseorang tu bertaubat selepas kawen atas dose2 nye yg lalu mase dia kapel...
yaaa...saya perlukan ADAM....dalam mnjalani kehidupan sy...dan saya nk dia tahu dia yg bakap imam sy...bakal pelengkap hdop sy..tak salah kan awak menasihati sy..mendekatkan sy pada yng Esa...

saya bukan lah insan yg tak pernah buat dose...(alim)
saya juga mnusia biasa yg tak lari dr kesalahan..
saya boleyh terima nasihat awk kalau ia betol...dan sy boleh terima teguran awk kalau ia berguna...
saya yakin kalau awk dapat mnjage sy ngan baik..saya pon nak jadi isteri yg solehah,...
inilah care nye kite nk bersuami isteri kelak...
dulu saya sesal menduakan cinta sayya...
sudah..cukup sudah,...saya dah tak nak lagi bnde yg same berulang..
jom la awak...ke jalan yg diredhai....jumpelah mak ayah saya...nikahi saya...
saya terima awak seandainya saya pilihan ati awak..jgn hukum sy lagi dengan dose2,,,,
kite dah besar kan...pandai pikir mne baik mane buruk...
no couple be4 AKAD....

pengalaman mengajar aku erti kehidupan..
pengalaman ialah cikgu bagi memulakan sesuatu yg baru...
setiap ape yg berlaku ade balasan baik buruknya...
dulu aku tak pernah fikirkan kebahgiaan..
sampai la aku betol2 bukak mate...sebenarnya Allah itu Adil..
tak selamya aku akn kecundang dalam alam percintaan..mgkin ade hikmat yg melepaskan aku...
jodoh aku tak tertulis utknye...jadi buat ap mngharapkan org yg dah memang pasti ade kebhgiaan nya sendiri kan...
aku pon ade life aku....n my SIS(kak tie) pon ade cakap..
aku sebnarnya  boleh dapatkan lagi org yg lebih baik drpd tu...lupekan yg lepas..amik pengajaran dr ape yg berlaku..
tak sume yg berlaku e2 satu pengakhirannya...
mnusia..memang diciptakan ade baik dan buruk..
lau kite pasrah..dan cuba sedaya upaya berusaha utk hidop lebih bahagia..cube lah..
carilah...
cinta hakiki...
IAITU...CINTA ALLAH.....:)


tak semua kite nak kite akan dapat..yg dpat tak semestinya kekal...










Posted by buDak kEcIk kEcEk gAnu at 4:11 PG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

honeY beEs...

i love islam

jam

cit cat bersama sue

like ku disini~~

Followers

About Me

Foto saya
buDak kEcIk kEcEk gAnu
assalamualaikum... 1st of all... thanks if u are one of my follower... thanks sbb sudi bace n tgok2 an my beloved bloggiest.. so far, saya bukan bloggiest terhebat.but just for anything to share..pape komen boleh dtggalkan via FB or twitter or other pages yg owner by sy sndiri...~~ cita2----> nak menjadi seorang yg disanjungi ramai..~ semoga ap yg saya kongsi ni dapat bg saya input tuk saya sndiri dan kamu2..islam e2 SYUMUL~~ btw saya tak seperfect manusia... sy juga ade kelemahan tersendiri..jadi tak perlu describe pe kelebihan n kelemahan sy..seadanya sy bersyukur~~
Lihat profil lengkap saya

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  Februari (1)
  • ►  2013 (9)
    • ►  Disember (1)
    • ►  September (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ▼  2012 (55)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (7)
    • ▼  Mei (12)
      • ROSAK di bawah penguasaan sape???
      • dont judge book by its cover...
      • kenape??
      • sebuah Doa ku titipkan PadaNya...
      • SAYA TAK COUPLE..TAPI SAYA BERCINTA~~OK??
      • cinta halalku dan istikharahku~~~
      • tolong sampaikan ini untuk dia...~~
      • nombor satu untuk ku...credit by maher Zain...
      • tangan menaip tentang JODOH~~
      • you are not only 1~~~
      • SubhanaAllah...
      • aku nak kawen....layak ke???
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (9)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2011 (34)
    • ►  Disember (23)
    • ►  November (8)
    • ►  Oktober (3)

Feedjit

ceritamelayu.net

my little one FAMIiLy~~

my little one FAMIiLy~~

beloved family~~~

beloved family~~~

BABIES

BABIES

my CUTIES sister~~

my CUTIES sister~~

IrfAn ,,,<3

mY cuTies bAbY...<3

heartbeat

aku DETECT kamoo~~~

song

link pelangi

follow

 Online Users



arrow

Elmo Sesame Street

assalmualaikum

link pelangi