-->
"dia" JiWa RaGaKu....

widget

Sabtu, 27 Oktober 2012

tiAda cIntA sebElom kAhWin..

tiada rahsia untuk ku terus gagah berdiri,menepis dugaan cinta lelaki, melainkan pd sebuah prinsip yang merantai diri..

hari ini, bukan aku kate yang aku ni perfect just cume nk  berkongsi serba sedikit aper  yang aku terlihat,terbaca, terasa dan terbuat!
iyya..manusia macm aku mustahil boleh lari dr kesilpn..
begitu juga anda kan?

cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah..namun, apabila ia disusuli tindak tanduk yang tidak Allah redhai,ia akan bertukar menjadi fitnah..Allah swt memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan...so perluke kite menikmati cinta sebelom kahwin?

ade sebuah hadis aku terbace melalui buku pinjaman dr classmate aku yang bermaksud::

 "sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datng menjemputnya,maka dia adalh seorang yang syahid"

dalam riwayat lain pulak::

"sesiapa yang jatuh cinta,lalu dia memelihara kesuciannya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalh seorang yang syahid"

bahayanya cinta sebelom kahwin::

1) pasti kelak diriku ibarat lembu  yang ditarik hidung oleh nafsu..
2) menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku umpama membuka pintu bg syaitan menjalankan jarumnya untuk melupankanku drpd Nya.
3) hati akan terseksa dengan barah rindu..
4) rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan..
5) cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri utk keperluan dunia  dan akhirat..
6) aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar2 mabuk cinta..
7) fitnah cinta ibarat racun yg akan membunuh akal, jiwa dan perasaan..
8) jiwaku terganggu dalam menilai man yang baik,mana yangn buruk untukku..
9) jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga, nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepda peribadi zuriat kami pastinya!

tips menepis cinta remaja....:cauuuww engkau dr idop aku::yakkk

1) tegas dengan prinsip diri
2) meletakkan misi yang jelas dalam hidop
3) bersahabat dengan rakan2 sejantina yang soleh
4) mengekang hawa nafsu
5) mendekati majlis ilmu
6) menyibukkan diri dengan hobi dan minat bermanfaat
7) akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.

seorang penyair arab berkata::

cinta merupakan anugerah takdir,
pertama kali datang terlihat bak air yang tenang,
namun ketika sesorang yang bersangkutan menerjuninya,
tenggelamlah ia dalamnya,tak tertolong lagi..


Posted by buDak kEcIk kEcEk gAnu at 3:59 PTG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Jumaat, 26 Oktober 2012

aiDiL aDha aKu..

lame tak update blog aku yg burok nih..
bukan kate aku malas,n bukan jugak kate aku tak de point nk citer..
cume busy memanjang dengan assgment n test..
so sume citer aku letak dalam kple hotak je..

hmmm3..hari ni bersempena hari raya AIDIL ADHA,
aku ingin mengucapkan selamat menyambut ari raye Qurban...
dan menyusun 10 jari memohon kemaafan daripada korang sume...
maaf zahir...tak batin..heheh

sebelom aku mulakan citer selebar-nya..
1st of all,
beringat lah kamu bahawa masih ramai saudara2 kita di luar sempadan negara hidup sederhana dan miskin. 
to team sukarelawan USM ke GAZA,PALESTIN...semoga dilbawah payung lindungan Allah di sana.amin..

Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111
Pengenalan

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ??? ?????? 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Hari Raya Aidiladha Dalam Hadis

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a: 
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

Posted by buDak kEcIk kEcEk gAnu at 12:45 PG 1 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Ahad, 7 Oktober 2012

kE tAnaH sUcI....



sape pernah g MEKAH???
mesti korang(anak2 beraderrr) pernah g an??
accely aku nk sgt pergi...tapi keadaan tidak berape mengizinkan sbb aku bukan la insan yang berkemampuan..(bab2 duit la)
cukup la aku kumpul duit untuk sambung belajar....
n then insyaAllah t biler dah kije aku plan nk g umrah ngan bakal suami..hahhahaha koya!!!
accely ari ni selesai tugas aku ngan tabung haji as volunteer USM..
kami seramai 20 orang ditugaskan untuk menguruskan jemaah haji untuk ketanah Suci..
btw aku rase bangga..bukan senang nk masuk airport la nk settle bnde berat la,,nk urus jemaah2 yang penting tuh!! even banyak kerenah tapi aku still boleh jalankan amanah dengan baik..kami bersama team kami telah pun selesai menjalankan tugas tersebut..~~
perkarangan airport bayan lepas..

with my bunney.....

sesi pemunggakan brg ke ats ....

my team....we're the best..!!!

proud be as volunteer~~~~

perjalanan pulang selepas bertugas dan selesai menghantar para jemaah ke tanah suci~

suasana di dewan ketika sesi taklimat untuk jemaah~~!
alhamdulillah..ape yang di amanahkan kami jalankan penuh tanggungjawab..~~
terima kasih tak terhingga buat pihak tabung haji kerana sudi bg kami peluang untuk mengurus pemergian jemaah Haji...semoga ini bukanlah yang terakhir dan kami "sunguh2" berharap pada masa akan datang insyaAllah berkhidmat di Tanah Suci...Amin...~~

semoga my parents juga akan menjadi bakal jemaah haji jugak..
nak lagi aku bertugas mcm ni.,..excited!!
bg seribu kali pun mauuuu...
even tak dpat p pun jaga org p pun  jadi lah ...!!

btw thanks a lot for tabung haji sbb bg kami merasai ape yang kami nak rase...
seumur hidup kmi tak kan lupe pengalaman ni..
=)
thats all...ngantokkkk!!!
salam...


Posted by buDak kEcIk kEcEk gAnu at 12:44 PG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Rabu, 3 Oktober 2012

ape perasaan anda bila melihat org yang anda sayang @ ex anda yang pernah anda syg dulu dah kawen atau bakal berkahwin???
lumrah...SO TOUCHING kan???tapi3 mesti korang redha kan???
atau korang berdendam..maybe!!
just like aku sndiri...
melihat pasangan bahgia yang pernah aku syg dulu2 ..(time budak2)
but i dun care anymore bcoz  aku tetap dengan pendirian aku..
**ape yang aku ludah aku tak kan jilat balik dah**
thats right!! pernah dengar kan??

yaaa..aku percaya oneday lau ko mcm aku ni,,korang perlu pegang ape yang aku kate tuh...
wat pe nk jilat balik kan...
thats why la aku pertahankan hak aku as gurl..
wat pe aku nk terhegeh2 tuk org yang dah curang ngan aku dulu..
hey33...tuhan tu ade lah beb...!!
what u do,u give back!
err xsilap aku laaaa...
so ,dun carelesss..
jgn menyesal ap yang kite buat sbb tuhan tak suke manusia mengeluh @ menyesal..
sbb tu kite kene pikir sebelom buat pape..=)

haaaaaa~~
satu hal ag..
eh eh eh jap...aku bukan nk marah pun...
tetiba rase entry aku kali ni cam marah2...
jeng3..bukan marah..tu tuk peringatan aku n teman2 je...

amalkan hidup anda dengan sentiasa bermotivasikan diri anda juga sahabat anda..
katakanlah perkara2 yang positif sahaja supaya bukan anda sahaja dapat manfaat nye,,,mungkin anda juga~~~

frussssstttt sbb raye ni tak dok tiket nok balik...<---alasan..
bukan xdok tiket pun...
nk seribu daya tak nak seribu dalih..
hahahhaha aku  nk je rase raye tanpa umah taun ni...tapi raye aji je lah,....urmm btw ade sbb jugak tak balik..
tapi biar la rahsia..(pinjam ayat mek CT kali)
hahahha

btw sesungguhnya aku bersyukur..maka jauhlah org yang aku pernah syg dulu tu drpd dose...(sewaktu bercouple)
ewahhh3..aku ni entah bile ag nk kawen..asyik couple je tahu...kah3..
jodoh tu di tangan tuhan..watpe nk gadoh2 ..tak kan kemana nye...
kan3....so far..aku nk wish congrates to my ex..
semoga kekal smpai anak cucu cicik..n semoga ape yang dah berlalu tu jadi pengajaran dilaian mase ok!!
take note!! jangan buat lagi kat org yang deme syg..
dok baik sekali...cube lah setia selagi mu bulissss....
ok..


cincau..~~~~~


Posted by buDak kEcIk kEcEk gAnu at 11:10 PTG 1 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

honeY beEs...

i love islam

jam

cit cat bersama sue

like ku disini~~

Followers

About Me

Foto saya
buDak kEcIk kEcEk gAnu
assalamualaikum... 1st of all... thanks if u are one of my follower... thanks sbb sudi bace n tgok2 an my beloved bloggiest.. so far, saya bukan bloggiest terhebat.but just for anything to share..pape komen boleh dtggalkan via FB or twitter or other pages yg owner by sy sndiri...~~ cita2----> nak menjadi seorang yg disanjungi ramai..~ semoga ap yg saya kongsi ni dapat bg saya input tuk saya sndiri dan kamu2..islam e2 SYUMUL~~ btw saya tak seperfect manusia... sy juga ade kelemahan tersendiri..jadi tak perlu describe pe kelebihan n kelemahan sy..seadanya sy bersyukur~~
Lihat profil lengkap saya

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  Februari (1)
  • ►  2013 (9)
    • ►  Disember (1)
    • ►  September (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ▼  2012 (55)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (2)
    • ▼  Oktober (4)
      • tiAda cIntA sebElom kAhWin..
      • aiDiL aDha aKu..
      • kE tAnaH sUcI....
      • ape perasaan anda bila melihat org yang anda sa...
    • ►  September (3)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (7)
    • ►  Mei (12)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (9)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2011 (34)
    • ►  Disember (23)
    • ►  November (8)
    • ►  Oktober (3)

Feedjit

ceritamelayu.net

my little one FAMIiLy~~

my little one FAMIiLy~~

beloved family~~~

beloved family~~~

BABIES

BABIES

my CUTIES sister~~

my CUTIES sister~~

IrfAn ,,,<3

mY cuTies bAbY...<3

heartbeat

aku DETECT kamoo~~~

song

link pelangi

follow

 Online Users



arrow

Elmo Sesame Street

assalmualaikum

link pelangi